Fakta menarik Ziana Zain

  • Ziana Zain merupakan Artis Wanita Pertama yang memenangi Pertandingan Antarabangsa sehingga namanya tercatat di dalam Malaysia Book of Records.
  • Ziana Zain merupakan artis Pertama Malaysia yang mempunyai minyak wangi sendiri yang diberi nama Truly keluaran Nutrimetics.
  • Ziana zain merupakan artis wanita pertama yang memakai kanta lekap (Contact Lens) di dalam kulit album sehinggakan menjadi ikutan artis-artis lain.
  • Ziana gemar bermain go-kart untuk mengisi masa lapangnya.
  • Ziana zain gemarkan warna hijau sehinggakan sewaktu perkahwinannya juga beliau memilih warna hijau sebagai warna tema. Malah sewaktu menyertai pertandingan Voice of Asia juga ziana menggunakan persalinan hijau.
  • Trademark Ziana ketika menyanyi ialah mengangkat kening sehingga menjadi ikutan penyanyi lain.
  • Ziana Zain diberi gelaran Jennifer Lopez Malaysia apabila mempunyai iras-iras rupa diva latin tersebut. Malah, ketika J.Lo melahirkan kembar, Ziana juga mengalami perkara yang sama.
  • Dari segi vokal, Ziana Zain dikatakan menyamai Whitney Houston, apabila vokalnya mampu mencecah F sharp setaraf diva Amerika Syarikat tersebut.
  • Pelakon Que Haidar tampil dalam filem Cuci pada tahun 2008 dengan membawakan watak seorang penyanyi rock yang meniru gaya Ziana. Que menyanyikan lagu Anggapanmu dalam babak sepanjang 4 minit itu.
  • Pada tahun 2014, Ziana Zain mengejutkan Malaysia dengan penampilan berhijab. Meskipun berhijab, minat Ziana dalam fesyen tetap diteruskan dengan penampilan yang anggun dan bergaya di dalam beberapa sesi fotografi majalah.

Rujukan

WikiPedia: Ziana Zain http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hubungan... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hubungan... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ap... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ap... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ju... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ju... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ju... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ju... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ma... http://www.budiey.com/mohd-ziana-zain-juara-mentor...